hidup...

Saturday 3 November 2012

aku tak sempurna seperti yang engkau sangka

dengan nama allah yang menciptakan ku sebaik-baik kejadian

hampir 2 minggu berlalu...tarikh 14 oktober 2012 merupakan tarikh yang sangat aku tak boleh lupakan....kerana pada tarikh tersebut tepat jan 9.30 malam aku dipertemukan dengan si dia...dan mula detik itu juga aku menjauh dari si dia...

aku tak seperti yang engkau sangkakan....aku tak seperti apa yang engkau impikan....aku tak seperti ape yang engkau inginkan...kerana keegoanku juga ia terjadi,kerana kesombonganku juga ia begini..
susah untuk aku turunkan egoku dihadapannya..

pada tarikh terssebut juga, buat pertama kali aku telah memarahinya...
ya allah, jahatnya aku!!!
aku tak perna berbuat sedemikian kepadanya atau sesiapa sepanjang aku tinggal di sini...
ketika perbincangan kami,,keluar sebuah kata-kata dari mulutnya...yang selama ini dia tidak pernah memberitahu ku...
aku terkejut ketika dia berkata

" akak , sayangkan anti,"
"akak , cintakan anti,"
"akak , percayakan anti,"
"akak , prihatin dengan anti."

ketika aku mendengar kata-kata tersebut hatiku tersebak...muka dan mata ku mula bertukar menjadi merah.
mataku dibanjiri dengan air yang tidak terkira.
pipiku dibasahi dengan titisan air mata...
ya allah,sungguh aku sangat mencintainya keranaMU...

tetapi ......

selepas shj pertemuan itu...segalanya berubah seperti suatu pengakhiran bagi kami...

kalau dulunya........

kami bangun awal pagi sama-sama...
kami solat malam sama-sama...
titisan air mata gugur bersama-sama...
kami solat sama-sama...
kami baca mathurat sama-sama...
kami berjalan ke sekolah sama-sama...
kami makan sama-sama...
kami solat dhuha sama-sama...
kami ke kantin sama-sama...
kami belajar sama-sama...
kami bergurau sama-sama...
kami gelak sama-sama...
kami sakit sama-sama...
kami pergi urut sama-sama...
kami ke klinik sama-sama...
yang paling tak dapat aku lupakan ialah ketika kami berkongsi masalah lalu si dia memberi semangat dengan berkata : : 'alaaaa...jgn pikir sangat,,,hidop ni kene cool"

tetapi sekarang.....

segalanya ttelah berubah...
kalu dulunya kami sentiasa bersama...
sekarang nak bertentangan muka pon dah tak berselera...

aku sentiasa memikirkan hati dan perasaan orang lain walaupun perasaan ku terasa sakit..
tapi cukuplah bagiku untuk melihat si dia bahagia dan sentiasa tersenyum walaupun tertimbul sedikit perasaan kecewa dan sedih..
sekarang aku hanya mampu melihatnya dari jauh dan aku akan sentiasa mendoakannya...

wahai kakakku yang aku sayangi, walau apapun yang terjadi aku akan tetap mendoakan mu...doaku tidak pernah berubah inilah doaku buatmu tiap kali selepas solat...

ya Allah , kuatkanlah hati kami dalam merentas benuaMU, kami bimbang karam ditenganh samuderaMU.
kuatkan ranting-ranting pejuang kami agar tidak goyah bila mana hadir ribut dugaan yang melambatkan perjalanan kami yang menyekat nawaitu kami, yang menghalang gerak langkah kami menyusur arahmu kerana QUDUSNYA kasihMU.
paut dan genggamlah erat diri kami agar tidak jauh dariMU.
ya Allah, Engkau kuatkanlah tali persahabatan kami. Engkau kekalkan hubungan persahabatan ini dan kau redhailai hubungan kami
ameeen

0 comments: