Wednesday, 22 May 2013
kesabaran yang dipinta
dengan nama allah yang memiliki hati dan perasaan
220513...ketika ini kelihatanlah sikap mereka,,perangai mereka,,
pernah suatu masa dulu kami bersama 7 org..kini 9orang yg wujud pula...
namun apakan daya manusia pasti akan berubah...
tapi teringgal satu tompok yang agak mengguris hati apabila aku ditinggalkan..
sedangkan aku adalah org pertama yang dipanggil untuk menolongnya..aku yang banyak melakukan pekerjaan daripada mereka...
tapi bila suatu masa......
mereka disuruh untuk pergi ke suatu tempat...
aku dipelawa pada pertama kalinya...tetapi apakan daya aku ditinggalkan begitu sahaja...
melihat kenderaan tersebut perlahan-lahan keluar dari pintu pagar ...
sblm ini aku dikomen dengan ayat 2 yg bombastik ...namun aku terima kerana setiap manusia pasti banyak melakukan kesalahan...
aku mula terfikir......
selama ini aku akan berusaha untuk membantu mereka walaupun aku terasa pahitnya...
aku berusaha membela mereka disaat mereka memerlukan bantuan walaupun aku yang mendapat caciannya...
tapi semua itu hanya ku balas dengan senyuman semata-mata....
aku tahu mereka semua adala MT asrama ,,tetapi apakah harus mereka meninggalkan sahabat mereka yang biasa???
di situ aku terasa kecewa...kerna pernah suatu ketika aku menjadi AJK ...tp aku tidak pernah meninggalkan mereka...
mungkin ini ujian ilahi kepadaku agar aku kuatkan lagi imanku...aku Redha....
*andai kalian terbaca suratan ini...harap dibuka hatinya untuk menerima...-
*luahan hati ku selama 5 bulan*
~mogaAllah Redha
Posted by sitiyem 5048 at 05:41 0 comments
Sunday, 5 May 2013
Peringkat 2 maybe ....
Dengan nama allah yang sungguh cantik mencipta akal
Esk adalah permulaan bagi peringkat kedua....maybe???? Kenapa pula???
Oh yela besok kan periksa semeste 1....bermula jihad kami buat mama tercinta,,mama Sam untuk berusaha buat yang terbaik dan mendapatkan target GPK 1.02 insyaAllah....
Untuk dapatkan target tu kite mesti settle kan hubungan kita dgn Allah pastu Guru n kawan2...
Igt belajar bukan kerana periksa tapi .......
Belajar kerana Allah.....
GENSEVENTAIN......buat yang terbaik.....kita boleh berubah
Biar org kate batch kite paling jahat didunia..
Yg penting kita buat yang terbaik dan ukhwah batch kita semakin super osem....i

Posted by sitiyem 5048 at 19:19 0 comments
Saturday, 29 December 2012
Dulu,,,kini,,,dan selamanya
Dulu......
Tahun 2011,,,
Aku ditempatkan di dorm wafa'...
Bilik belakang bersama dengan orang2 hebat spt kak bila, kak tasneem, kak ainul,, kak sajiah...
Byk perkongsian yang aku dapat ...
Dari kak bila, aku dapat banyak peekongsian ilmu tentang perpisahan yang sementara...
Dari kak tasneem pula,aku dapat byak perkongsian ilmu tentang kesihatan...
Dari kak ainul pula, aku dapat mendengar lagu2 ciptaannya sendiri...
Dari kak sajiah pula,,aku mendapat perkongsian ilmu tentang kebersihan dan kememasan....
Tahun 2012.......
Aku ditempat ditempatkan di dorm wafa' juga...bilik depan bersama kak org2 hebat iaitu
Kak mai,kak nouha,kak mlat,kak syazana....
Byk perkongsian juga yang aku dapat dari mereka iaitu....
Dari kak mai aku dapat byk belajar tentang kehidupan,kesabaran,kejujura ,mood,hati,dan byk lagi...
Dari kak nouha aju dapat belajar bahasa arab..
Dari kak syazana aku dapat belajar tentang kesabaran...
Dari kak mlat pula aku byk belajar bahasa inggeris...
Kini 2013.....
Aku ditempatkan di dorm izzah...
Bilik tengah...
Harapan ku agar dapat belajar tentang erto kehidupan yang sebenar....
Terime kasih buat insan2 yang byk berjasa yg telah byk mengakar diriku sepanjang aku hidup di asrama...
-mogaAllahredha-
Posted by sitiyem 5048 at 22:08 0 comments
Saturday, 10 November 2012
gelagat penghuni aspuri 2012
dengan nama allah yang mempertemukan kami
wah...ni first entri tulis psal penghuni aspuri...
ceh..baru brape ari cuti da rindu...tak spai setahon..da mcm2 perkare kami lalui sama2...
tambahan pula dapat junior yang gempak2 n senior yang WOW!!!
inilah dia penghuri aspuri..2012...ni baru secara rawak...utk lebih detail tunggu entri yang akan datang...huhuu
Posted by sitiyem 5048 at 20:31 0 comments
Thursday, 8 November 2012
tik...tok...tik...tok...
dengan nama allah yang menggerakan masa
dengan pantas masa berlalu kenangan 050312-161012 telah menjadi memori terindah...
titik permulaan tidak dapat ku jangka namun titik pengakhiran sudahpun tiba. kini aku senang dengan kehidupan ku sekarang walau ade tersisa kasih dan sayangku kepadanya..ade ketika tertimbul rasa sedih apabila mengimbau kembali kenangan bersama...
musim SPM kian tiba,,,
kalau dulunya tiap kali si dia nak masuk periksa,,
tiap-tiap paper aku akan bagi kate-kate semangan..
tiap kali juga semangat dorongan akan dia bawa...
_________________________________________________________________________________
namun kini...
kate-kate itu hanya mampu ku ungkap di dalam hati..
aku hanya mampu memberi semangat dari dalam hati..
hanya doa perantaraan kami..
sekarang ...
tiap kali si dia masuk periksa aku akan tunggu di depan kantin....
aku hanya mampu melihanya dari sudut jelingan mata..
tak mampu untuk aku bersemuka..
_________________________________________________________________________________
sekarang aku hanya mampu menjaganya dari jauh...
melihatnya dari sudut jelingan mata...
aku sentiasa ingat akan pesanannya...
tangan
akan
berhenti
menulis
jika
terlalu
penat
tapi
hati
ini
akan
sentiasa
sentiasa
mengingatimu
walau
apa
jua
keadaan
insyaallah...jika diizinkanNYA...
050312 - 161012
sekarang....
kata-kata inilah yang akan ku pegang
selama kenangan kami 050312 - 161012
Posted by sitiyem 5048 at 03:20 0 comments
Saturday, 3 November 2012
aku tak sempurna seperti yang engkau sangka
dengan nama allah yang menciptakan ku sebaik-baik kejadian
hampir 2 minggu berlalu...tarikh 14 oktober 2012 merupakan tarikh yang sangat aku tak boleh lupakan....kerana pada tarikh tersebut tepat jan 9.30 malam aku dipertemukan dengan si dia...dan mula detik itu juga aku menjauh dari si dia...
aku tak seperti yang engkau sangkakan....aku tak seperti apa yang engkau impikan....aku tak seperti ape yang engkau inginkan...kerana keegoanku juga ia terjadi,kerana kesombonganku juga ia begini..
susah untuk aku turunkan egoku dihadapannya..
pada tarikh terssebut juga, buat pertama kali aku telah memarahinya...
ya allah, jahatnya aku!!!
aku tak perna berbuat sedemikian kepadanya atau sesiapa sepanjang aku tinggal di sini...
ketika perbincangan kami,,keluar sebuah kata-kata dari mulutnya...yang selama ini dia tidak pernah memberitahu ku...
aku terkejut ketika dia berkata
" akak , sayangkan anti,"
"akak , cintakan anti,"
"akak , percayakan anti,"
"akak , prihatin dengan anti."
ketika aku mendengar kata-kata tersebut hatiku tersebak...muka dan mata ku mula bertukar menjadi merah.
mataku dibanjiri dengan air yang tidak terkira.
pipiku dibasahi dengan titisan air mata...
ya allah,sungguh aku sangat mencintainya keranaMU...
tetapi ......
selepas shj pertemuan itu...segalanya berubah seperti suatu pengakhiran bagi kami...
kalau dulunya........
kami bangun awal pagi sama-sama...
kami solat malam sama-sama...
titisan air mata gugur bersama-sama...
kami solat sama-sama...
kami baca mathurat sama-sama...
kami berjalan ke sekolah sama-sama...
kami makan sama-sama...
kami solat dhuha sama-sama...
kami ke kantin sama-sama...
kami belajar sama-sama...
kami bergurau sama-sama...
kami gelak sama-sama...
kami sakit sama-sama...
kami pergi urut sama-sama...
kami ke klinik sama-sama...
yang paling tak dapat aku lupakan ialah ketika kami berkongsi masalah lalu si dia memberi semangat dengan berkata : : 'alaaaa...jgn pikir sangat,,,hidop ni kene cool"
tetapi sekarang.....
segalanya ttelah berubah...
kalu dulunya kami sentiasa bersama...
sekarang nak bertentangan muka pon dah tak berselera...
aku sentiasa memikirkan hati dan perasaan orang lain walaupun perasaan ku terasa sakit..
tapi cukuplah bagiku untuk melihat si dia bahagia dan sentiasa tersenyum walaupun tertimbul sedikit perasaan kecewa dan sedih..
sekarang aku hanya mampu melihatnya dari jauh dan aku akan sentiasa mendoakannya...
wahai kakakku yang aku sayangi, walau apapun yang terjadi aku akan tetap mendoakan mu...doaku tidak pernah berubah inilah doaku buatmu tiap kali selepas solat...
ya Allah , kuatkanlah hati kami dalam merentas benuaMU, kami bimbang karam ditenganh samuderaMU.
kuatkan ranting-ranting pejuang kami agar tidak goyah bila mana hadir ribut dugaan yang melambatkan perjalanan kami yang menyekat nawaitu kami, yang menghalang gerak langkah kami menyusur arahmu kerana QUDUSNYA kasihMU.
paut dan genggamlah erat diri kami agar tidak jauh dariMU.
ya Allah, Engkau kuatkanlah tali persahabatan kami. Engkau kekalkan hubungan persahabatan ini dan kau redhailai hubungan kami
ameeen
Posted by sitiyem 5048 at 06:52 0 comments
Friday, 2 November 2012
hati ke hati..membentuk insan sejati....
dengan nama allah yang memiliki rasa hati ini
tepat 1 november 2012...tibalah hari yang paling aku nantikan kerana ia merupakan hari paling bermakna dalam hidup aku dan si dia.....
orang nya seperti durian,
lihat dari luarannya nampak keras,
tetapi sikapnya dalamanya seperti kapas,
sentiasa bersemangat walau apa jua keadaan,
kerana baginya hidup itu seperti roda....
mukanya sentiasa tampak ceria...
dihasi lagi dengan senyuman manisnya...
biarpun masalah melanda...
dia tetap rileks dan cool shj..
itulah di orang nya NURUL HUMAIRAH namanya...
hari yang ku nanti telah pun tiba..
masa untuk bertukar hati dengan si dia...
hati itu sebagai pengikat antara kita agar sentiasa mengingatiNYA.
aku memikul amanah utk menjaga hatinya da dia juga sedang memikul amanah yang sama sepertiku iaitu dia juga sedang menjaga hatiku....
ketika kami sedang bersama...aku berpesan kepadanya : :
mairah...biarlah kita tak rapat,asalkan hubungan kita mendapat berkat...dan buat ape kalau kite rapat tapi tak dapat berkat????ingat tujuan pertama kenapa kita bersahabat???
satu je....untuk mendapat berkat dan mendapat redha ilahi agar kita dapat sama2 pimpin tangan menuju syurgaNYA...
Posted by sitiyem 5048 at 20:52 0 comments
Subscribe to:
Posts (Atom)






